Coretan Perutusan
YBrs. Prof. Dr. Tuan
Pengerusi
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم وبارك على آله وصحبه أجمعين،
Pertama marilah kita panjatkan kesyukuran kpd Allah s.w.t yang memberikan taufiq dan hidayah kepada kita semua.
Selawat dan salam kpd junjungan Rasulullah s.a.w di atas jalan hidayah Islam kpd kita.
2. Saya selaku pengerusi pembinaan masjid bandar tasik kesuma merakamkan jutaan terima kasih kpd ajk pembinaan masjid,semua pengerusi surau dan penduduk BTK yang memberi kepercayaan kpd kami utk melaksanakan impian murni membina masjid bandar tasik kesuma. Sesungguhnya cita cita dan hasrat utk membina masjid ini sudah lama terpahat dalam hati penduduk Muslim BTK sejak ada permukiman perumahan di sini. Kami akan menunaikan dan merealisasikan hasrat murni ini bilamana kami di beri amanah dan tanggungjawab sebagai jawatankuasa pembinaan masjid ini. Jawatankuasa ini bertindak sebagai badan penggerak ke arah pembinaan masjid dari awal sehingga siap pembinaannya.Justeru kami memerlukan sokongan dan dokongan dari semua pihak dari pelbagai aspek terutama kewangan bagi menjayakan projek ini. Projek ini dianggarkan menelan belanja sebanyak 20 juta ringgit Malaysia kerana kami akan bina komplek masjid yang meliputi masjid,rumah kediaman bagi kakitangan, kedai,dewan serbaguna dan lain. Oleh kerana itu cadangan kami bagi setiap keluarga BTK dapat berkorban demi niat yang ikhlas untuk melihat terbinanya masjid ini dengan infaq sebanyak dua ribu ringgit bagi setiap keluarga samada secara sekaligus atau ansuran bulanan yang kami akan lancarkan dana wakaf ini.
3. Saya berharap kita semua dapat bekerja dgn satu niat iaitu ikhlas dan mencari keredaan Allah dalam satu pasukan yang padu.
4. Semoga kita akan dapat menikmati hasil usaha yang murni ini dalam masa terdekat.
Sekian, terima kasih.
YBrs Prof. Dr. Muhd Najib Bin Abdul Kadir
Profil Pendidikan YBrs. Prof. Dr. Tuan Pengerusi
BA Hons Universiti al Azhar Cairo
Egypt, 1987-1991
Bidang Usuluddin/ Tafsir al Quran
Sarjana Pengajian Islam UKM
Malaysia, 1996-1998
Bidang Tafsir al Quran
Doktor Falsafah Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, 2004-2007
Bidang Tafsir al Quran
Penglibatan YBrs. Prof. Dr. Tuan Pengerusi
Ahli Panel Akidah, Majlis Agama Islam Selangor.
Ahli Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan, Lembaga Tabung Haji.
Pembimbing dan Pengkursus Haji dan Umrah, Lembaga Tabung Haji.
Panel Tanyalah Ustaz, TV9.
Panel Salam Baitullah, TV1.
Penceramah di Masjid dan Surau, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Pemegang Tauliah, Majlis Agama Islam Selangor.
Pemegang Tauliah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Tabung Wakaf Pembinaan Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”
Surah Al-Baqarah [2] : Ayat [245]
Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma
d/a No.7 Jalan Kesuma 7/1, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor Darul Ehsan