Apakah Rakan Infak?
Rakan Infak Masjid Bandar Tasik Kesuma merupakan suatu program khas yang diletakkan di bawah Projek Pembinaan Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Induk Pembinaan Masjid Bandar Tasik Kesuma.
TUJUAN:
Penubuhan Rakan Infak bertujuan:
i.Mengenalpasti dan mempromosi individu/organisasi yang sedia menyumbangkan infak kepada Tabung Wakaf Pembinaan Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma (TWPKMBTK).
ii.Mewujudkan data maklumat individu/organisasi yang bersedia dan sanggup menyumbang kepada Tabung TWPKMBTK ini.
iii.Menggalakkan kutipan dana infak secara berterusan sehinggalah sasaran dana mencukupi bagi merealisasikan pembinaan Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor.
iv.Mencipta jaringan perhubungan yang efektif dan kerjasama yang menyeluruh antara pihak Jawatankuasa Induk Pembinaan Masjid dengan komuniti sekitar dan global.
Tempoh Rakan Infak
1. Memberi Sumbangan
Individu / organisasi yang memberi sumbangan RM1,000 dan ke atas layak mendaftar sebagai Rakan Infak menerusi Google Form link yang disediakan.
2. Menjadi Ahli
Ahli Rakan Infak akan terus memberikan sumbangan sehinggalah kompleks masjid siap dibina.
3. Memperolehi Keistimewaan
Ahli Rakan Infak akan memperolehi keistimewaan tertentu berdasarkan kategori Rakan Infak masing-masing. Tempoh sahlaku adalah 3 TAHUN selepas tarikh kompleks masjid diserahkan untuk kegunaan.
3 Tahun setelah Kompleks Masjid diserahkan
Syarat-syarat Rakan Infak
1. Warganegara Malaysia berumur lebih 18 tahun.
2. Telah menyumbang infak kepada Tabung Wakaf Pembinaan Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma sekurang-kurangnya RM1,000.00. Kategori ahli berdasarkan jumlah sumbangan infak.
3. Telah mengisi borang yang telah dikemukakan menerusi google form di alamat: https://forms.gle/Lw6p1iSmuBLHQGFP6
4. Keahlian bagi syarikat, organisasi dan pertubuhan mestilah di atas nama syarikat, organisasi atau pertubuhan yang berdaftar di Malaysia.
5. Anggota ‘Rakan Infak’ juga tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh MAIS, JAIS dan PAID.
6. ‘Rakan Infak’ bukan bersifat pertubuhan atau persatuan yang terasing. Keanggotaannya adalah di bawah naungan JKPMBTK (sebelum masjid disiapkan) dan akan diletakkan di bawah JK Masjid (setelah masjid siap dibina dan diserahkan).
Kategori Rakan Infak
Rakan Infak Zamrud
RM100,001 dan ke atas
Rakan Infak Topaz
RM50,001 – RM100K
Rakan Infak Ruby
RM10,001 – RM50K
Rakan Infak Nilam
RM5,001 – RM10K
Rakan Infak Aqiq
RM1,000 – RM5,000
Pemberian Kupon Khas
Rakan Zamrud
Kupon RM5K
Rakan Topaz
Kupon RM2K
Rakan Ruby
Kupon RM500
Rakan Nilam
Kupon RM300
Rakan Aqiq
Kupon RM100
Kegunaan Kupon
TEMPOH SAHLAKU KUPON ADALAH 3 TAHUN BERMULA DARI TARIKH KOMPLEKS MASJID DISERAHKAN KEPADA JAWATANKUASA PENGURUSAN MASJID
Yuran Pengajian Anjuran Masjid
Bayaran Sewa Lot Kedai di Kompleks Masjid
Pembayaran Yuran Khairat Kematian
Sewa Dewan Besar, Bilik Seminar & Gelanggang
Bayaran Ibadah Korban
Keistimewaan yang lain
Sijil & kad keahlian sebagai Rakan Infak
20 hadiah misteri secara cabutan bertuah
Cenderahati khas Kompleks Masjid BTK
Syarat Tambahan Sebagai Rakan Infak
1. Setiap individu/organisasi yang berdaftar HANYA akan diterima sebagai Rakan Infak bagi satu kategori sahaja. Maka, keistimewaan juga terhad kepada ‘satu keistimewaan, satu individu/organisasi berdaftar’.
2. Seseorang individu/organisasi dibenarkan untuk dinaiktarafkan kategori sekiranya jumlah akumulatif sumbangan infak kepada tabung dana melayakkannya untuk naik ke kategori yang lebih tinggi. Cth. dari Rakan Nilam kepada Rakan Topaz.
3. Pecahan sumbangan infak kepada pihak ketiga secara proksi ataupun bukan TIDAK DIBENARKAN setelah sumbangan infak sudahpun dilakukan.
4. Pihak AJK Induk Pembinaan Masjid/AJK Pengurusan Masjid berhak menggantikan sebarang bentuk ganjaran/keistimewaan kepada bentuk yang lain yang difikirkan setara dan munasabah.
5. Segala hadiah/ganjaran TIDAK BOLEH digantikan dengan wang ringgit.
6. Pihak AJK Pembinaan/AJK Pengurusan Masjid kemudiannya tidak bertanggungjawab atas segala kehilangan/kerosakan/kecacatan segala kupon/hadiah yang telahpun diserahkan.
7. Bagi ahli Rakan Infak yang berjaya dinaiktaraf, hanya akan menerima satu bentuk keistimewaan/ganjaran/hadiah sahaja pada satu-satu masa iaitu pada kategori yang lebih tinggi.
8. Segala kupon/hadiah yang diperolehi TIDAK BOLEH digantikan dengan sebarang kupon/hadian daripada kategori yang lain.
9. Status akhir kategori rakan akan dimaklumkan setelah pihak AJK Pembinaan mengumumkan tarikh tutup sumbangan. Pengumuman akan disampaikan menerusi Whats Apps, laman sesawang masjid, Page FB Masjid dan emel ahli Rakan Infak.
10. Pihak Masjid juga tidak bertanggungjawab menanggung segala kos-kos sampingan yang mungkin ditanggung oleh Rakan Infak sepanjang program ini.
11. Sumbangan dana infak ke masjid/surau atau mana-mana tabung selain TWPMBTK tidak akan dikira dalam program ini.
12. Ahli Rakan Infak tidak dibenarkan menyerahmilikkan keahliannya kepada mana-mana individu/organisasi yang lain.
13. Sekiranya berlaku kematian kepada mana-mana individu Rakan Infak ini, maka mana-mana warisnya layak menggantikannya dengan syarat jelas wasiat atau tidak berlaku mana-mana pertikaian di kalangan waris-warisnya. Pihak masjid tidak akan terlibat dalam segala urusan perlantikan waris ini. Kupon/hadiah akan lupus sekiranya pertikaian memakan masa melebihi tempoh sahlaku kupon/hadiah.
14. Semua syarat-syarat di atas adalah tertakluk kepada pindaan yang mungkin berlaku dari masa ke semasa.
Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma
d/a No.7 Jalan Kesuma 7/1, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor Darul Ehsan